ULASAN BUKU APRIL. Islam Adil Untuk Semua / Abdul Hadi Awang / PTS Islamika / 2009
Judul: Islam Adil Untuk Semua
Pengarang: Abdul Hadi Awang
Penerbit: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2009
Harga: RM14.00
Muka surat: 120 ms
No. Panggilan: 297.27
Keadilan mengikut tafsiran demokrasi Barat tidak lengkap dan menyeluruh kerana dikongkong perasaan perkauman, bangsa dan pengaruh harta, pangkat dan monopoli politik. Islam tampil menjadi penyelamat serta pelindung dalam menjaga keadilan, kebebasan dan hak semua manusia tanpa menafikan prinsip demokrasi.
Menurut orientalis Barat, “Yang wajib ditakuti oleh pemerintah Barat bukanlah Islam sebagai agama, tetapi Islam sebagai doktrin politik”. Kesannya Islam difitnah sebagai agama kolot, menindas, merendahkan hak wanita, melaksana undang-undang rimba dan monopoli harta.
Buku ini mengupas secara jelas konsep dan aplikasi Islam dan memelihara keadilan kepada kelompok masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Ia merangkumi pentadbiran politik, transaksi ekonomi, kesaksamaan sistem kehakiman, hak keadilan wanita dan orang bukan Islam. Buku ini juga menjelaskan asas-asas adil dalam Islam dan falsafah serta prinsip keadilan Islam secara mudah dan terperinci.
Disediakan oleh:
Mohd Khalib bin Abdul Manaf
Perpustakaan Desa Leban Chondong
Link [bookkeeperuwise]
No comments:
Post a Comment