Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, September 9, 2020

Dato Onn Pejuang Terbilang

ULASAN BUKU  PAD BENTONG– BIL. 1/ 2020. Dato  Onn Pejuang Terbilang

Tajuk:  Dato  Onn Pejuang Terbilang

Call No:    R 923.2595  KAS

ISBN:   9789833698295

Bahasa: Melayu

Kategori: Sejarah

Ulasan: Mengenai ketokohan individu yang menguasahakan jalan Kemerdekaan Persekutuan tanah Melayu iatu Dato Onn Bin Jaafar seorang tokoh yang bertangungjawab dalam menjadi pelopor kepada perjuang kemerdekaan. 

Dato Onn dilahirkan di Johor Bahru pada tahun 1895. Beliau berasal dari kalangan keluarga yang banyak berkecimpung dalam pentadbiran negeri Johor dimana bapanya Dato Jaafar Mohammad menjadi Menteri besar Johor yang pertama dikut 2 orang abangnya kemudian Dato Onn yang dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke 7. 

Dato Onn menjadi anak angkat kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Al Masyhur dan telaha melanjut pelajaran ke MCKK dan seterusnya ke London pada tahun 1903.

Kerjaya politiknya bermula apabila Dato Onn mula berkerja sebagai wartawan dimana dalam penulisan beliau banyak mengkritik Penjajah British  dan golongan bangsawan Johor ketika itu. 

Kemuncak kerjaya politiknya bermula apabila tamatnya perang dunia kedua dan British telah kembali ke tanah melayu dengan memperkenalkan “Malayan Union” dimana penubuhan Malayan Union ini telah menghakis kuasa Raja-raja Melayu. 

Oleh Itu Dato Onn telah menubuhkan satu parti politik iatu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Bersatu atau UMNO di Istana Balai Besar Johor Bahru pada  11 Mei 1946 bertujuan untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan hasilnya Kerajaan British telah membatalkan Malayan Union dan pada tahun 1948 lahirlah Persekutuan Tanah Melayu yang merintis jalan kemerdekaan Tanah melayu.

Dato Onn telah keluar daripada UMNO kerana UMNO menolak saranan Dato Onn  untuk membuka keahlian UMNO kepada semua kaum. Dato Onn telah menubuhkan parti IMP dan bertanding dalam pilihanraya majlis namun gagal kemudian pada tahun 1954, Dato Onn telah menubuhkan Parti Negara namun gagal memperoleh kerusi kecuali Dato Onn yang memenangi kerusi kawasan Kuala Nerus Terengganu pada tahun 1959. 

Dato Onn meninggal dunia pada tahun 1962, dan legasi politiknya telah diteruskan anaknya Tun Hussein Onn yang menjadi Perdana Menteri Ke 3 serta Cucunya Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Disediakan oleh : AZHARANI BIN A. AZIZ, PAD BENTONG

Link [warisanterasilmuonline]

No comments: