Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, September 4, 2020

Buku: Siapa Kita 10 Tahun Lagi / Hamiruddin Hamidi / Must Read Sdn Bhd / 2011

Buku: Siapa Kita 10 Tahun Lagi / Hamiruddin Hamidi / Must Read Sdn Bhd / 2011

ISBN: 978-967-5426-69-8

Kategori: 158.1-HAM

Ringkasan/ Ulasan

Dalam menjalani kehidupan seharian perlu juga kita bertanya kepada diri. Siapa kita 10 tahun lagi. Adakah kita akan menjadi seorang pengurus? Adakah kita akan tetap menjadi seorang kerani? Adakah kita akan menjadi individu yang lebih berjaya daripada hari ini?

Buku ini menyatakan semestinya pilihan ada ditangan kita. Jadi, marilah kita berfikir sejenak apa yang kita mahukan di dalam kehidupan kita. Perlu diingat kehidupan yang kita jalani ini hanya sekali sahaja. 

Ia tidak akan berulang kembali. Bermula dengan pertanyaan penting "siapakah diri kita pada masa depan?", buku ini cuba merungkai jalan-jalan yang sepatutnya dilalui secara nyata dan benar demi untuk mencapai kecemerlangan pada masa hadapan sebelum ditutup oleh satu lagi pertanyaan iaitu "apakah yang bakal kita wariskan kelak kepada anak cucu kita?"

Kesimpulannya di sini, fikirkanlah masa depan yang lebih jauh lagi seperti sepuluh atau dua puluh tahun lagi. Oleh itu, marilah berusaha untuk mengelakkan kesukaran pada masa hadapan dengan cara berusaha lebih gigih lagi pada masa sekarang.

Judul: SIAPA KITA 10 TAHUN LAGI

Pengarang: Hamiruddin Hamidi

Penerbit:  Must Read Sdn Bhd                                                

Tahun Terbit: 2011

Harga: RM26.00

Muka surat: 201

No comments: