Ulasan buku januari 2020. Buku: Rekaan Beg Tangan Kontemporari Dari Kain Penulis: Eka Yunita Dan Nordiana Hakimi
Tajuk buku : Rekaan Beg Tangan Kontemporari Dari Kain
Penulis : Eka Yunita Dan Nordiana Hakimi
No panggilan : 746
Harga : RM 14.90
Ulasan
Buku ini memberi panduan kepada pembaca rekaan beg yang terdiri daripada pelbagai jenis dan fungsi.
Selain ituperalatan dan bahan-bahan serta teknik asas jahitan beg turut diberi sebagai garis panduan kepada pembaca yang ingin belajar menjahit beg untuk kegunaan sendiri mahupun untuk jualan. Langkah-langkah yang lengkap yang berada di dalam buku ini sangat membantu memudahkan individu untuk menjahit beg mengikut kreativiti sendiri.
Beg bukan sahaja sebagai aksesori bagi seseorang individu tetapi .jika penghasilan sesebuah beg itu unik dan menarik ianya juga boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi seseorang individu itu.
Buku ini sangat sesuai bagi individu yang ingin mempelajari teknik dan jahitan beg tangan kontemporari.
Ulasan oleh
Norhidayah binti Salleh,
Ketua Perpustakaan, Perpustakaan Awam Daerah Rompin
Link [ buku dan peralatan jahitan ]
No comments:
Post a Comment