Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, September 9, 2020

Buku Sudirman yang kukenali / Saodah Ismail /

ULASAN BUKU BULAN JANUARI  2020 PD KEMASUL. Buku Sudirman yang kukenali / Saodah Ismail /

Tajuk Buku: Sudirman yang kukenali

Penulis: Saodah Ismail

No Panggilan : 782.0092 SAO

ISBN: 978-967-15382-4-1

Halaman: 150

Harga   : RM29.00

Buku ini menyingkap rahsia Sudirman, penghibur lagenda yang tidak pernah diceritakan di mana-mana media. Ini adalah naskah jujur yang lahir dari hati penulis & teman rapat Sudirman. Sudirman tidak tahu memandu, tetapi memilik sebuah kereta proton.

Kad raya & surat untuk peminat ditulis sendiri oleh Sudirman. Sudirman pernah marah & mengamuk kepada wartawan yang terlalu memuji artis luar negara.

Wartawan hiburan, Saodah Ismail menulis buku tentang Sudirman berdasarkan kisah-kisah yang diceritakan semula oleh teman-teman baik penghibur nombor satu Asia tersebut. 

Buku ini dihasilkan berdasarkan pengalaman peribadinya bersama bintang legenda, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. 

Arwah Sudirman memang nama besar di Malaysia. Besar pengaruh beliau dan Sudirman memang penghibur yang memberikan segalanya dalam pekerjaan yang dibuat.

Buku ini bukanlah memoir, hanya perkongsian cerita daripada orang-orang yang pernah rapat dan berkerja bersama Penghibut No 1 Asia ini. 

Allahyarham seorang sangat teliti dan melibatkan diri dalam setiap urusan yang melibatkan dia. Dalam persembahan pentas, dia mahu tahu dari A sampai Z, bukan sekadar datang memegang mikrofon dan terus menyanyi. Bersungguh-sungguh agar tidak ada cacat cela.

Sudirman suaranya biasa sahaja berbanding penyanyi sezaman. Tapi dia penghibur yang terbaik dan tidak ada tandingan! Ini tidak ada siapa pun boleh menafikan.

Sedih mengenangkan arwah terfitnah sehinggalah saat nyawanya berakhir. Saya rasakan, hari ini pun masih ada yang percaya pada tuduhan beliau sakit akibat AIDS atau dadah. 

Sudirman mati kerana pneumonia & terkena sihir.

Buku ini sedikit sebanyak memperkenalkan kita kepada Sudirman.

Disediakan oleh, ARMAH BINTI ABAS, PERPUSTAKAAN DESA KEMASUL

Link [carousell] [bookcafe] [shopee] [hmetro] [astroawani] [pressreader

No comments: