Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, September 9, 2020

Buku ALLAH KAN ADA? / Miya Salsabila / Rimbunan Islamik Media / 2019

Buku ALLAH KAN ADA? / Miya Salsabila / Rimbunan Islamik Media / 2019

ISBN:978-967-16085-9-3 

Kategori: Dewasa

Ringkasan/ Ulasan: 

Kegagalan bukan pengakhiran untuk segala-galanya. Hidup pasti terus berjalan walaupun kita gagal berulang kali.

Apakah kita akan membiarkan hidup ini terus dirundung kegagalan dan diliputi malang? Sudah tentu tidak.

Kita harus bangkit kembali berdiri dan terus berjalan dengan lebih hebat. Menyongsong masa depan.

Bangkit sahaja tidak cukup. Kita harus memiliki kekuatan besar bagi melawan semua kemungkinan buruk yang akan kembali terjadi.

Apakah kekuatan itu? Tentu sekali Allah swt adalah kekuatan terbesar untuk semua makhluk di semesta alam.

Tidak akan pernah ada satu kuasa pun yang dapat mengalahkan sang pencipta kerana dialah sumber kepada semua kekuatan. Mendekatkan diri kepada Allah swt membuatkan kita memiliki kekuatan besar bagi menghadapi segala persoalan. Tiada masalah yang tidak mampu diselesaikan apabila kita melibatkan-Nya. Pertolongan Allah swt luas untuk para hamba yang sentiasa mengingat dan mengagungkan nama-Nya.

Buku ini hadir membawa harapan bagi mengembalikan semangat yang pudar dek kerana kegagalan.penulisan ini juga membongkar rahsia bagaimana meraih kejayaan melalui jalan yang diperintahkan oleh pemilik langit dan bumi. Tip-tip yang disajukan menuntun kita untuk kembali kepada Allah swt supaya kita memiliki kebahagiaan dan kejayaan di dunia serta mendapat syurga di akhirat.

Judul: ALLAH KAN ADA?

Pengarang: Miya Salsabila

Penerbit: Rimbunan Islamik Media Sdn.bhd

Tahun Terbit: 2019

Harga:RM 24.90

Muka surat : 218 ms


Disediakan Oleh : Hairil Nizam Bin Abdul Malek, Pembantu Pustakawan (S19), PAC Lanchang 

Disemak Oleh : Nor Fahizah Bt Ab Aziz, Ketua Perpustakaan Awam Caw. Lanchang

No comments: