Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, September 11, 2020

Buku: Persoalan Tentang Resdung / Zuraida Zainun / Universiti Malaysia Terengganu / 2015

ULASAN BUKU OKTOBER 2020. Buku:  Persoalan Tentang Resdung / Zuraida Zainun / Universiti Malaysia Terengganu / 2015

ISBN: 978 -  967– 0524– 97 – 9

Kategori:  Perubatan

Ringkasan / Umum :  

Buku ini berkisar tentang persoalan tentang resdung.

Resdung atau secara saintifik dikenali sebagai allergic rinitis.Penyakit ini merupakan penyakit yang seringkali dialami masyarakat kita di setiap lapisan umur.  Resdung seringkali dialami golongan dewasa dan ianya merupakan salah satu penyakit keturunan. 

Secara umum penyakit ini berhubung kait dengan hypersensitive sistem autoimun badan manusia dan kebiasaannya melibatkan alahan terhadap sesetengah makanan laut.Walaupun penyakit ini seringkali dihidapi pesakit ,pengetahuan terhadap penyakit ini masih rendah dan kurang di kalangan masyarakat kita. 

Pengetahuan dan maklumat terperinci mampu membantu mendapatkan rawatan seawal mungkin. Di samping itu ia mampu mengelak dan mengurangkan komplikasi yang lebih kronik terhadap pesakit.

Buku ini juga mengupas dan menjawab persoalan yang timbul berkaitan symptom,punca, penyiasatan dan rawatan berkaitan penyakit resdung.

Judul:  : Persoalan Tentang Resdung

Pengarang:  Zuraida Zainun

Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM21.00

Muka surat: 45


Disediakan Oleh: Di semak Oleh : 

Kamariah Bt Omar         Norkamila binti Mahmud

Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah

PAD Pekan PAD Pekan


No comments: