Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, September 2, 2020

Buku KITAB LENGKAP PANDUAN SOLAT Penerbit AL HIDAYAH HOUSE OF PUBLISHERS SDN BHD 2019

ULASAN BUKU (FEBRUARI 2020)

Buku KITAB LENGKAP PANDUAN SOLAT Penerbit AL HIDAYAH HOUSE OF PUBLISHERS SDN BHD 2019

NO. PEROLEHAN :DBER 19-007029                            

CALL NO. : 297.3822                                      

ISBN : 978-967-439-331-1

BAHASA :BAHASA MELAYU

KATEGORI : AGAMA ISLAM                           

ULASAN:

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

 

Surah Al-Baqarah:45)


Solat merupakan tiang agama.Namun hakikatnya masih ramai yang jahil dan melakukan kesilapan dalam menunaikan ibadah solat.

Buku ini menjadi panduan asas kepada mereka yang ingin memahami ibadah solat. Buku ini dilengkapi dengan ilustrasi berwarna  yang mudah difahami dan keterangan serta hukum-hukum sebelum dan selepas solat  dilakukan.

Buku ini juga memuatkan amalan wirid dan doa selepas solat beserta terjemahannya.Juga disertakan cara-cara solat sunat pilihan seperti solat sunat rawatib, solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat istikharah, solat sunat dhuha,solat sunat mutlak, solat sunat hari raya, solat sunat syukur dan solat sunat memohon tolak bala. Juga disertakan amalan doa-doa harian.

Buku ini mudah difahami kerana menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas.

JUDUL : KITAB LENGKAP PANDUAN SOLAT

PENERBIT : AL-HIDAYAH HOUSE OF PUBLISHERS SDN. BHD

TAHUN TERBIT :2019

HARGA :RM14.90

MUKA SURAT :296

DIULAS OLEH: AMIZAN BIN RAMLI

Link [ shopee ]

No comments: