Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, September 9, 2020

Buku: Suara Pengguna / Mohd. Hamdan Adnan / Dewan Bahasa dan Pustaka / 2012

 Buku: Suara Pengguna / Mohd. Hamdan Adnan / Dewan Bahasa dan Pustaka / 2012

ISBN: 9789-834-6067-3-2

Kategori: 13.04390

Ringkasan/ Ulasan

Buku ini mengandungi 50 buah artikel kepenggunaan dan kebudayaan yang telah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya sejak tahun 1986 hingga tahun 2001 yang masih relevan hingga ke hari ini . 

Antara bidang kepenggunaan yang disentuh ialah insurans, sewa beli, industri cetak rompak, alam sekitar, harga barangan, pengiklanan, kemudahan awam, perumahan dan sebagainya dalam kaitannya dengan sikap pengguna dan kesedaran pengguna tentang hak-hak mereka. 

Artikel-artikel dalam buku ini menyentuh sikap pengguna dan kesedaran pengguna dalam semua bidang kehidupan seperti kesihatan, sosial, alam sekitar, pendidikan dan gerakan pengguna yang bertujuan menyedarkan pengguna bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu. 

Ini penting kerana ramai pengguna yang kurang tahu atau kurang mengambil tahu akan hak-hak mereka. Oleh itu, pengguna harus diberi kesedaran bahawa mereka mempunyai hak-hak mereka seperti 

hak untuk mendapat maklumat, 

hak untuk membuat pilihan, 

hak untuk menyuarakan pendapat, 

hak untuk mendapat keperluan asas, 

hak untuk mendapat ganti rugi, 

hak untuk mendapat pendidikan pengguna, dan 

hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat.


Judul: SUARA PENGGUNA

Pengarang: Mohd. Hamdan Adnan

Penerbit:  Dewan Bahasa dan Pustaka

Tahun Terbit: 2012 . Harga: RM25.00. Muka surat: 295

No comments: