Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, September 9, 2020

BUKU TAZKIRAH MAKAN DALAM / ANWAR NURSI / PTS PUBLISHING HOUSE /2019

PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 2/2020. BUKU TAZKIRAH MAKAN DALAM / ANWAR NURSI / PTS PUBLISHING HOUSE /2019

TAJUK BUKU : TAZKIRAH MAKAN DALAM

PENGARANG :  ANWAR NURSI

NOMBOR PEROLEHAN :  EJAM 002418

NOMBOR PANGGILAN :  297.57

ISBN :  978-9674813147

BAHASA ;  MALAYSIA

KATEGORI :  AGAMA

ULASAN :


Buku ini merupakan motivasi berteraskan agama.  

Terdapat 40 nukilan yang memuatkan 250 mukasurat. Namun saiz tulisan buku ini tidak mesra pembacaan iaitu bersaiz 9. Himpunan kisah-kisah yang memberi impak kepada jiwa pembaca mengenai realiti kehidupan.

Gaya penceritaan yang santai membuat pembaca seolah membaca novel namun ia disuntik dengan panduan keagamaan sebagai sandaran atau rujukan.  

Gaya bahasa yang berseni menjadi tarikan untuk membaca ceritera di dalamnya.  Terdapat juga petikan dari al-quran dan hadis.  

Tidak ketinggalan petikan mutiara kata dari imam al- ghazali.  

Sebagai rencah perasa buku ini dilengkapi dengan rangkap pantun dari Buya Hamka.

Pembaca boleh memilih bab yang disukai untuk dibaca mengikut selera atau mengikut turutan.  Semua kandungan memberi nilai tambah dalam membentuk kehidupan yang lebih baik untuk membina sahsiah diri.

Pengarang: Anwar Nursi

Penerbit:  PTS PUBLISHING HOUSE

Tahun Terbit:  2019

Mukasurat:  250

Rating:  6/10


Disediakan oleh:  Juriah bt Mohamed, Pembantu Pustakawan, Desa Jambu Rias.

Link [bookjannah] [pts]

No comments: