Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, September 9, 2020

Talian hayat di Barzakh / Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani / Galeri Ilmu / 2018

Ulasan Buku PDJB Bil.2/2020. Talian hayat di Barzakh / Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani / Galeri Ilmu / 2018

Call No: 297.23/AHM

ISBN: 978-983-097-713-3

Bahasa: Melayu

Kategori: Agama

Talian Hayat di Barzakh ialah merupakan doa antara orang yang masih hidup dengan orang yang telah meninggal dunia. 

Buku ini mengisahkan tentang alam sebelum kematian dan  selepas kematian. Banyak perkara kita perlu pelajari sekiranya kita mahu kehidupan kita selepas kematian aman dan sentosa. 

Perkara utamanya adalah doa anak yang soleh. Sebab itulah kita perlu mengajar mereka segala perkara yang berkaitan dengan kematian. Ahli kubur sangat menantikan kedatangan orang mukmin, kerana orang mukminlah yang mendoakan mereka. 

Seolah ada talian hayat di situ. Ahli kubur tidak menyukai orang fasik, kerana kedatangan mereka akan menyebabkan ahli kubur terseksa di dalam kubur. 

Saya suka membaca buku ini kerana banyak perkara yang penulis ajarkan mengenai alam sebelum dan sesudah kematian Anda boleh dapatkan buku ini di perpustakaan yang berhampiran dengan anda. 

Judul: Talian hayat di Barzakh

Pengarang: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Penerbit: Galeri Ilmu

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 22.00

Muka Surat: 194

RATING: 5/5

Disediakan Oleh : Yusniza Mohamad Arris, Pembantu Pustakawan, Perpustakaan Desa Kampung Janda Baik

Link [bookcafe]

No comments: