Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, September 9, 2020

Buku Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor Pahang 1613 1863 / Suzana Haji Othman /

PAD BENTONG– BIL. 1/ 2020. Buku Sejarah pergolakan dan pergelutanBendahara Johor Pahang 1613 1863 / Suzana Haji Othman / 

Tajuk: Sejarah pergolakan dan pergelutan Bendahara Johor- Pahang 1613-1863

Call No: 959.5 SUZ

Pengarang: Suzana Haji Othman

ISBN: 9789834611538

Bahasa: Melayu

Kategori: Sejarah

Ulasan: Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor lama yang merangkumi tanah besar Johor, Pahang, Singapura dan pulau-pulau yang terletak diselatan Singapura termasuk Riau dan Lingga tidak dapat lari daripada kepentingan fungsi dan peranan yang dimainkan oleh institusi bendaharanya.

Bermula dengan perang  Batu Sawar pada tahun 1613 yang melibatkan Tun Seri Lanang dan berlanjutan pemberontakan dalam negerI  Johor. 

Ini melibatkan siasah Laksamana Tun Abdul Jamil sehingga menaikan nama Laksamana Tun Habib Abd Majid sebagai Bendahara bagi menyambung warisan Bendahara.

Ia juga merebak kepada peristiwa Perang Bendahara Pahang yang melibatkan 2 orang adik beradik iatu Wan Mutahir dan Wan Ahmad yang mengakibatkan campurtangan British di Pahang. Negeri Pahang adalah jajahan takluk empayar Johor-riau. Perang Pahang berakhir apabila Bendahara Wan Mutahir tewas kepada Wan Ahmad dan berundur ke Sdeli Johor dan Mangkat disana. 

Wan Ahmad dilantik menjadi Bendahara sewa Diraja Pada tahun 1863. Pada tahun 1887, British mengiktiraf Bendahara Wan Ahmad sebagai Sultan Pahang dengan gelaran Sultan Ahmad. Baginda memerintah dari tahun 1863 hingga 1914.

Disediakan oleh : AZHARANI B. A. AZIZ, PERPUSTAKAAN AWAM BENTONG

Links [ilhambooks] [arecabooks]

No comments: